Saturday, February 17, 2007

Pernahkah anda kawal perbelanjaan anda?

Dalam keadaan ekonomi semasa ini dengan harga barang naik, petrol naik, tol naik tapi income jugak tak naik-naik menyebabkan kita terpaksa berhati-hati berbelanja. Bila dapat gaji kena senaraikan dulu apa perkara yang nak dibelanjakan tetapi tak pernahnya cukup dan tak pernah ada duit berbaki utk simpanan. Saya tak tau keaadaan anda tetapi saya telahpun mengalaminya dan saya yakin majoriti kita adalah sama.

Saya pernah bekerja selama 15 tahun dan boleh dikatakan setiap tahun ada kenaikan gaji dan ada bonus. Tetapi dalam simpanan bank tak pernah sampai pun RM1000 wang simpanan. Kecuali dalam EPF sebab terpaksa kena tolak awal-awal.

Saya pernah buat kawalan perbelanjaan dengan tujuan utk menyimpan tetapi tak pernah pun ada wang simpanan. Selalu tak cukup.

Jadi, hari ni saya nak kongsikan dengan anda bagaimana utk membuat simpanan dengan cara yang berkesan tanpa menghiraukan apa yang nak dibelanjakan.

Caranya mudah je...Mula-mula ketepikan pendapatan yang diperolehi untuk diri kita dahulu. Apa-apa hal diri kita dulu. Sekurang-kurangnya 5%-30% drpd pendapatan kita. Ikut kemampuan dan keselesaan kita. Mulakan dari sedikit dahulu supaya ianya tidak membebankan.

Katakan gaji kita RM1,000 sebulan. Perbelanjaan kita memang perlukan RM1000 sebulan. Tapi mula-mula dapat gaji kita dah ketepikan katakan 5% = RM50. Masukkanlah dalam apa-apa akaun bank yang patut khusus utk simpanan. Contohnya ASB ke...tabung haji ke...dan jangan diingat-ingatkan lagi duit tadi.

Maknanya kita sekarang dah tak cukup RM50 berbelanja. So camna nak buat? Kenalah ubahsuai sikit perbelanjaan harian kita. Elakkan perbelanjaan yang tak perlu. Contoh: kalau dulu ada melanggan surat khabar, kini kita boleh baca kat kedai mamak ke, kat ofis ke atau online je. Dah jimat RM1.50 sehari. Kalau sebulan dah jimat RM45.00. Atau kalau dulu ada beli CD/VCD ...tapi kini anggap benda tu tak penting. Petuanya mudah je...kita akan shok berbelanja selagi duit ada di tangan. Tapi kalau dah tak ada...pandai pulak tu.

Lama-lama anda akan biasa dgn pendapatan yg tinggal. Bila dan biasa lepas tu bolehlah cuba tingkatkan lagi saving. Di penghujung tahun anda akan terkejut dengan jumlah simpanan yang anda ada. Tak percaya anda boleh cuba.

Tips: Kalau ada kemudahan auto debit dari gaji bulanan anda lagi mudah. Atau pun kalau anda gunakan online banking, boleh setkan auto debit dari akaun gaji masuk ke akaun simpanan anda. Boleh buka akaun khusus untuk simpanan ini.

Nota: Saya mempraktikkan kaedah di atas setelah membaca buku bertajuk "The Automatic Millionaire" yang ditulis oleh David Bach.

No comments: