Monday, February 26, 2007

Bagaimana memperuntukkan sejumlah wang yang sesuai untuk pelaburan?

Di bawah ini adalah panduan-panduan peruntukan kewangan sebelum wang tersebut digunakan untuk pelaburan:-

1. Duit Simpanan - Sebelahkan sedikit drpd pendapatan (5%-30%) utk simpanan bagi tujuan masa depan dan masa kecemasan. Dilarang gunakan duit ni utk pelaburan.

2. Wang untuk perbelanjaan bulanan yang tetap - Bayar dulu semua perbelanjaan utk installment rumah, kereta, duit makan keluarga, sekolah anak2 dsbnya.

3. Jangan sekali-kali lakukan sebarang pinjaman semata-mata utk membeli saham. Bentuk pinjaman spt pinjaman peribadi, cashkan credit card, pinjam Ah Long dan seumpamanya hendaklah dielakkan.

4. Jangan guna duit KWSP walau apa cara sekalipun. Duit ni memang dikhususkan utk masa tua, utk beli rumah/kurangkan hutang rumah atau utk persekolahan anak.

Tips: " Laburkan wang yang anda rasa tak kisah kalau hilang pun"

Saturday, February 24, 2007

Ciri-ciri seorang pelabur yang berjaya.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pelabur yang berjaya? Di bawah ni saya nak kongsikan dengan anda:-

Anda seharusnya mempunyai minda seperti berikut:-

1) Tidak takut akan rugi dan sentiasa ingin mencuba.
2) Suka bekerjasama dengan orang lain.
3) Kuat mempromosikan pelaburannya.
4) Suka membaca dan mendalami ilmu.
5) Tidak tamak untuk meraih untung yang berlebihan.
6) Tidak cepat menyalahkan orang lain atau program jika down sementara.
7) Mengajar ilmu kpd orang lain.
8) Seronok duduk depan komputer.
9) Tidak cepat berputus asa.
10) Selalu on top of things.

Tips: "
Never Invest More Than You Can Afford To Lose"

Saturday, February 17, 2007

Pernahkah anda kawal perbelanjaan anda?

Dalam keadaan ekonomi semasa ini dengan harga barang naik, petrol naik, tol naik tapi income jugak tak naik-naik menyebabkan kita terpaksa berhati-hati berbelanja. Bila dapat gaji kena senaraikan dulu apa perkara yang nak dibelanjakan tetapi tak pernahnya cukup dan tak pernah ada duit berbaki utk simpanan. Saya tak tau keaadaan anda tetapi saya telahpun mengalaminya dan saya yakin majoriti kita adalah sama.

Saya pernah bekerja selama 15 tahun dan boleh dikatakan setiap tahun ada kenaikan gaji dan ada bonus. Tetapi dalam simpanan bank tak pernah sampai pun RM1000 wang simpanan. Kecuali dalam EPF sebab terpaksa kena tolak awal-awal.

Saya pernah buat kawalan perbelanjaan dengan tujuan utk menyimpan tetapi tak pernah pun ada wang simpanan. Selalu tak cukup.

Jadi, hari ni saya nak kongsikan dengan anda bagaimana utk membuat simpanan dengan cara yang berkesan tanpa menghiraukan apa yang nak dibelanjakan.

Caranya mudah je...Mula-mula ketepikan pendapatan yang diperolehi untuk diri kita dahulu. Apa-apa hal diri kita dulu. Sekurang-kurangnya 5%-30% drpd pendapatan kita. Ikut kemampuan dan keselesaan kita. Mulakan dari sedikit dahulu supaya ianya tidak membebankan.

Katakan gaji kita RM1,000 sebulan. Perbelanjaan kita memang perlukan RM1000 sebulan. Tapi mula-mula dapat gaji kita dah ketepikan katakan 5% = RM50. Masukkanlah dalam apa-apa akaun bank yang patut khusus utk simpanan. Contohnya ASB ke...tabung haji ke...dan jangan diingat-ingatkan lagi duit tadi.

Maknanya kita sekarang dah tak cukup RM50 berbelanja. So camna nak buat? Kenalah ubahsuai sikit perbelanjaan harian kita. Elakkan perbelanjaan yang tak perlu. Contoh: kalau dulu ada melanggan surat khabar, kini kita boleh baca kat kedai mamak ke, kat ofis ke atau online je. Dah jimat RM1.50 sehari. Kalau sebulan dah jimat RM45.00. Atau kalau dulu ada beli CD/VCD ...tapi kini anggap benda tu tak penting. Petuanya mudah je...kita akan shok berbelanja selagi duit ada di tangan. Tapi kalau dah tak ada...pandai pulak tu.

Lama-lama anda akan biasa dgn pendapatan yg tinggal. Bila dan biasa lepas tu bolehlah cuba tingkatkan lagi saving. Di penghujung tahun anda akan terkejut dengan jumlah simpanan yang anda ada. Tak percaya anda boleh cuba.

Tips: Kalau ada kemudahan auto debit dari gaji bulanan anda lagi mudah. Atau pun kalau anda gunakan online banking, boleh setkan auto debit dari akaun gaji masuk ke akaun simpanan anda. Boleh buka akaun khusus untuk simpanan ini.

Nota: Saya mempraktikkan kaedah di atas setelah membaca buku bertajuk "The Automatic Millionaire" yang ditulis oleh David Bach.

Monday, February 12, 2007

Faktor-faktor Kejayaan Seorang Jutawan

Satu kajian telah dilakukan oleh penulis buku Thomas J. Standley ke atas beribu-ribu jutawan dengan bukunya bertajuk, "The Millionaire Mind". Apakah faktor-faktor yang membolehkan mereka berjaya menjadi jutawan.

Sebagai kesimpulannya, beliau telah menyenaraikan 20 faktor yang utama iaitu:-
(ditulis dalam English...kalau ada sesiapa nak translate, dipersilakan...)

1. Being honest with all people
2. Being well discipline
3. Getting along with others
4.
Having a supportive spouse (husband/wife)
5. Working harder than most people
6. Loving my carrier / business
7. Having strong leadership qualities
8. Having a very competitive spirit / personality
9. Being very well organized
10. Having the ability to sell my ideas / products
11. Making wise investments
12. Seeing opportunities other do not see
13. Being my own boss
14. Willing to take financial risk given the right return
15. Having good mentors
16. Having the urge to be well respected
17. Investing in own business
18. Finding profitable niche
19. Having extraordinary energy
20. Being physically fit


Di antara 20...saya baru ada 5 saja (Text Bold). Anda pula bagaimana?

Tetapi...saya suka faktor ke (14)."Willing to take financial risk given the right return".
Sebab itu jugalah saya telah membulatkan hati untuk memulakan satu pelaburan yang amat menguntungkan.

Esok akan saya ceritakan...